Tuesday 15 November 2011

Pendahuluan

    
         Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Laman blog ini dibangunkan bertujuan untuk memenuhi kehendak subjek CMT3112 - Sejarah Media Baru.Subjek Sejarah Media Baru ini merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar semester 5 untuk elektif Multimedia fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.
Subjek ini dikendalikan oleh Encik Jasni bin Dolah.Subjek sejarah media baru ini memberi penekanan terhadap peranan sejarah media baru dalam memberi sumbangan kepada penghasilan karya seni digital terutamanya dari segi estetika, strategi,trend dan aspirasi sosio-budayanya. Diantara ciri-ciri utama dalam subjek ini termasuklah bagaimana nilai integrasi, interatif, hipermedia dan naratif dapat membantu dalam penghasilan karya seni digital yang berkualiti dan inovatif. Latihan yang diberikan berasaskan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi terkini  dalam membantu penghasilan karya seni digital. Diakhir pengajaran, pelajar akan dapat memahami konsep sejarah media baru dengan lebih berkesan dan dapat menggunakan teknologi yang sesuai untuk dipraktikkan dalam karya yang dihasilkan..

Tugasan 1: Sejarah Media Baru

Sejarah merupakan suatu petunjuk atau penafsiran tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu komuniti pada masa lampau. Istilah sejarah berasal dari bahasa arab iaitu 'syajarah' yang membawa maksud susur galur kekeluargaan . Dalam makna lain, sejarah bermaksud sesuatu yang lebih meluas tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau yang diketahui kewujudan sesuatu peristiwa itu berdasarkan bukti-bukti yang dijumpai contohnya lukisan- lukisan yang terdapat pada dinding gua yang menunjukkan tentang manusia yang telah lama wujud sejak dulu lagi.


                                                                                                                                                                                   
Media bermaksud medius dalam bahasa latin. Media ini juga membawa maksud tengah atau juga dalam erti kata lain media ini merupakan satu platform yang menghubungkan semua rangkaian dan suatu media yang mengakseskan serta memenuhi permintaan pengguna untuk melayari laman web yang dikehendaki tidak kira mana-mana tempat, situasi mahupun pada apa-apa jenis gadjet.




Keseluruhannya, sejarah media baru merupakan suatu platform bagi penghasilan karya yang lebih baik dan bermutu. Malah, sebut sahaja mengenai media baru pasti ramai yang tahu bahawa media merupakan salah satu cabang teknologi yang baru yang digunkan dalam penghasilan sesuatu idea, karya dengan lebih cepat dan bermutu. Contoh media baru yang terbaru adalah Imac. imac merupakan suatu sistem komputer yang telah  oleh Apple sejak tahun  1998 lagi dan telah berkembang melalui 5 peringkat yang berbeza-beza.
                                      
                  
Tugasan 2 : Penggunaan Apple dalam penghasilan karya.

Pada tahun 1976 Steve Jobs dab Steve wonziak telah memperkenalkan komputer  Apple yang pertama. Bentuk fizikal komputer yang pertama ialah imac G3 yang mempumyai 1 gam-drop atau lebih kelihatan lagi bentuk permukaannya yang berbentuk sfera dengna monitor CRT terutamanya dibahagian reka bentuknya diliputi dengan plastik berwarna yang bersifat lutsinar. Keluaran Apple yang kedua ialah imac G4 yang berbentuk hemisfera dan mengandungi komponen utama yang tertentu. Keluaran ketiga dan keempat Appole ialah imac G5 dan imac intel. Model ini lebih nipis dan menggunakan anodized aluminium dan panel kaca diseluruh bahagian depan.

Contoh keluaran Apple yang pertama.


                                             

                                             
      

       Contoh keluaran Apple yang kedua.


                                            

                                                    
          

     Contoh keluaran Apple yang ketiga dan keempat.

                                               

                                               
   

Penggunaan imac dalam penghasilan karya sangat penting pada masa ini, seiring dengan perkkembangan teknologi masa kini yang kian canggih, penggunaann sistem Macintosh ini sangat diperlukan dalam penghasilan sesuatu karya itu. Selain daripada fungsi yang berkesan samada dari segi editing mahu pun modelling bagi animasi. Sistem ini juga membantu pelajar khursusnya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dengan lebih cepat dan bermutu tanpa menghadapi sebarang risiko serangan virus dal komputer. Ini kerana sehingga kini sistem Macintosh merupakan satu-satunya sistem yang belum pernah diserang virus. 

Contoh karya yang dihasilkan menggunakan imac.


                                             

                                             

Tugasan 3: kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan. tiruan dan hak milik cipta.
              Penggunaan media baru sangat besar impaknya terhadap penghasilan karya samada dari segi idea, rekaan, tiruan dah hak milik cipta sesuatu karya itu sendiri. Media baru yang telah wujud pada masa ini sangat membantu dalam menghasilkan sesuatu karya melalui rujukan-rujukan yang telah dibuat oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Penggunaan media baru dalam penghasilan karya juga sangat penting , sebagai contoh penggunaan media baru imac sangat memberi impak kepada animatur-animatur untuk mendapatkan kesan khas yang baik bagi animasi mereka. Imac merupkan salah satu contoh media baru yang banyak impak kepada penghasilan karya-karya digital seperti animasi dan sebagainya.
             Kesan daripada perkembangan media baru ini telah mencetuskan kemunculan dunia siber. Secara amnya, media baru boleh dikelaskan sebagai internet kerana boleh dikatakan segala keperluan mobiliti masyarakat bermula dari sumber media baru seperti media teks, telefon dan radio. Sebagaimana yang kita maklum televisyen berfungsi sebagai salah satu jenis media komunikasi yang sering digunakan untuk memancar dan menerima sebarang jenis gambar yang bergerak samada berwarna atau monokrom (hitam putih) dimana, gambar yang disiarkan hanya diiringi oleh bunyi atau muzik. Televisyen mula dijual pada akhir 1930-an yang mana pada masa itu telah menjadi salah satu alat penerimaan informasi dalam setiap isi rumah, perniagaan mahupun institusi. Malah, kini melalui televisyen juga bertindak sebagai medium utama kepada pengguna atau masyarakat untuk menerimaan sebarang informasi samada informasi formal atau hiburan.







         Media baru atau lebih dekat lagi ialah internet telah memberi peluang kepada pengguna atau masyarakat untuk menerima atau meberi sebarang idea mahupun pandangan tentang isu yang sedang berlaku samada disekelling atau pun sebaliknya.

 kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan. tiruan dan hak milik cipta.
  
          Penggunaan media baru seperti komputer banyak membantu pengguna dalam mempersembahkan idea dengan lebih bermutu dan baik. Sebagai contoh, dalam penghasilan sesuatu karya seni, media baru seperti komputer telah banyak membantu pengguna dalam menrealisasikan idea-idea mereka dengan lebih mantap. hal ini dapat dilihat melalui sebuah hasil karya daripda seorang saintis, pemuzik, jurutera dan seorang pelukis yang telah mempersembahkan karya beliau dengan menggunakan video iaitu salah satu daripda media baru dalam mempersembahkan karya beliau kepada umum.
          Dari sudut rekaan pula samada penghasilan karya seni visual mahupun seni cetak , media baru amat memberikan kesan yang besar kepada dalam memantapkan lagi idea yang ada pada pengkarya-pengkarya sebagai contohnya, Saidon yang telah menjadikan media baru sebagai medium dalam mengetengahkan "subjek matter" beliau yang releven dalam setiap penghasilan karya mereka. Selain itu, pereka-pereka grafik juga menggunakan digital grafik sebagai satu medium bagi menghasilkan karya mereka seperti bunting, poster dan banner. Kesemua hasil karya mereka ini dicetak dengan menggunakan mesin pencetak elektronik dimana, mesin pencetakan itu sendiri bertindak sebagai media baru dalam penghasilan seni cetak.
          Dari sudut tiruan dan hak milik cipta 'copyright', media baru seperti 'internet connection' misalnya kini, kebanyakan pengkarya telah memaparkan hasil karya mereka kepada umum. Hal ini telah mengakibatkan dengan mudahnya hasil karya mereka ditiru oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawb.

Contoh animasi dalam sofware maya.





Tugasan 4:  Pilih dua medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan sesuatu karya.


            Perkembangan media baru pada hari ini seiring dengan kemajuan dalam tamadun manusia dengan wujudnya kemajuan ini dapat membantu manusia dalam kehidupan manusia pada masa kini. Secara tidak langsung penemuan ini telah memberikan peluang kepada manusia untuk meneroka dengan lebih jauh lagi.
            Dua media baru yang dipilih ialah penggunaan komputer dan photoshop. Pemilihan ini dibuat kerana secara peribadinya kedua-dua media ini sangat penting dalam kehidupan saya. Komputer pada hari ini semakin berkembang pesat pada masa kini, komputer berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus betindak segala bahan hiburan. Malah, komputer pada hari ini bertindak sebagai sistem pengolahan digital grafik. Sejak berkembangnya penggunaan komputer semakin ramai pereka-pereka telah mula menceburi dan menggunakan digital grafik sebagai platform mereka dalam menghasilkan karya. Begitu juga, dengan bidang muzik dimana, pada hari dapt dilihat bahawa semakin banyak penggunaan sofware komputer yang digunakan dalam penghasilan muzik yang lebih baik. Begitu juga dengan produksi animasi dimana, mereka menggunakan komputer dalam mambangunkan model bagi watak-watak animasi mereka.
            Pemilihan media baru yang kedua ialah photoshop,adobe photoshop merupakan program yang telah diprogramkan untuk melakukan penyuntingan kepada program grafik. Adobe photoshop ini telah dibangun dan diterbitkan oleh Adobe System incorporated. Adobe photoshop mengandungi perisian-perisian yang mampu menghasilkan karya dengan lebih cepat, senang dan bermutu tinggi.




contoh hasil karya yang dihasilkan menggunakan sofware photoshop: